Monday, December 19, 2011

saya Berkecuali

orang tua-tua cakap...kalau bodoh susah nak ajar, baik pergi mati

aku no komen..hu hu

Wednesday, December 14, 2011

GYM

Dah lama tak pergi Gym..sekarang kena pergi sebab badan dah lemau, sikit2 mengantuk. Semangat harus kuat. Mesti pergi gym

Oh..ada orang aerobik..boleh follow sbb treadmill penuh..ramai orang semangat nak sihatkan badan. Bagus. Kangkang2 lompat..liuk2..dekat setengah jam..rehat kejap


“adik kena selalu datang gym ni.” Tiba-tiba orang tegur

“ok” aku teguk air..haus luar biasa sungguh hari ini

“mesti kena kuat semangat dik, tak boleh main2” makin bersungguh pula dia

“betul betul” aku lap2 peluh pula

“kalau nak body macam akak, mesti kena bersenam selalu” sambil tangan tunjuk dari hujung rambut sampai hujung kaki

Aku cuma mampu memandang..tak sanggup nak membalas lagi..mata aku hampir berkaca lalu aku capai botol air dan tuala. Aku nekad nak balik.

“eh nak gi mana tu?”

“Nak balik..akak datang gym hari2 kenapa badan jadi straight cut?? Saya balik dulu” eh, yang ini aku cakap dalam hati sahaja.

Demi menjaha hati, aku cuma senyum sambil berkata "balik kak..dah lama ni” terpaksa berkata sebaliknya walaupun niat sebenar bukan begitu..ho ho ho

Aku tertipu..pegi gym hari2 badan jadi tak fit...(baca : alasan)



Sekarang aku tengah kunyah karipap perangat beli kat ikea semalam



Terima kasih

Thursday, December 8, 2011

Jangan Paksa Saya Part 2

Itu perempuan call lagi hari ni selepas aku cakap aku tak berminat dengan segala promosi mak nenek dia. aku beritahu, lagipun aku tak berduit, banyak nak pakai kan. Dia tak paham ok, siap kata buleh bayar pakai kad kredit. Aku ni nak membayar kad kredit pun berkira-kira, takkan aku nk bayar promosi dia tu pakai kad lagi. RM499 weh dia suruh bayar. Sebab sekarang promosi, yelah..sepanjang tahun asyik la ada promosi kau kan..sebab tengah promosi harga jadi RM299. Aku ni manusia marhaen je, RM299 tu besar nikmatnya pada aku, tahu. Tak ada maknanya aku nak bayar untuk perkhidmatan yang aku tak nak dan tak akan guna. Bangang sungguh aku di situ kalau aku bayar. dah cukup sopan kot aku tolak elok2 hari tu, siap mengaku tak ada duit lagi. Aku tak janji pun aku nak call dia balik, aku cuma cakap kalau aku minat nanti aku call dia memandangkan nombor dah ada. Part mana yang tak faham tu? Tapi kalau aku tak call, takkan tak reti nak fikir logik apa maksudnya. Sekolah tinggi pun otak piang lagi ke?

Hari ni dia call lagi..aku cakap aku tengah meeting..dia cakap terima kasih sebab selalu menipu dia..gila..jadah aku nk meluang masa nak dengar promosi yang aku tak berminat. Kalau kau dah rasa aku ni penipu, yang kau tersorong-sorong menalipon lagi kenapa? dah la kali pertama tu aku kata aku tak berminat, takkan tak faham, aku tak pandai cakap bahasa tamil.

aku nasihatkan, sila belajar komunikasi dan sila dalami ilmu khidmat pelanggan CIK MISHA (manja sangat yewww) . Kalau otak dah tepu tak boleh terima, berhenti kerja..

Monday, December 5, 2011

Buruk Lutut

Memang adat meminjam, kena la pulangkan. Takkan hendak tunggu tuan punya datang menagih. Siapa yang meminjam sebenarnya ni?

Kalau pinjam duit, itu duit dia. Kalau pinjam barang, itu barang dia. Bila tuan tanya, jangan lah buat muka gembira cakap tak tahu mana letak. Kalau hilang sila ganti, budak tak sunat pun tahu nak fikir.

Tak kiralah apa bentuk pinjaman tu..tapi tolonglah pulangkan, nanti buruk lutut tau..tak tahuuuuuuuuu

Kasta Hangguk Kau

Kenapa orang yang lebih kaya selalu anggap mereka lebih mulia. Duit mereka tu lesen untuk maki orang sesuka hati ke? Kenapa suka mengarah orang tak tentu hala padahal orang sesak ni bukan kuli batak dia pun.

Duit kamu boleh beli rumah kat taman firdaus agaknya ya?

Saturday, December 3, 2011

Jangan la paksa-paksa sayeeeeeeeee...

Kalau orang tidak tertarik dengan promosi kau, jangan la paksa-paksa. Aku lemah jantung bila orang2 macam ni asyik telefon, mana dia dapat nombor entah. Kira habis sopan dah tu aku tolak elok2. kalau aku maki hamun kata kau tak reti bahasa buat kau sakit hati pula. nak juga paksa2 sampai tahap aku beritahu kad kredit aku hutang dah berlambak, bulan ni nak pakai duit banyak sebab banyak kerja luar tapi tetap juga paksa2. Kau punya promosi lah paling baik sedunia. Sudah la aku tengah lapar, makin sakit jiwa tauuuuuu. Jangan paksa2 tauuuu..saya tak relaaa

sebab orang rumah tak mahu makan, jadi memasak untuk seorang sangat leceh *baca : pemalas*

Friday, December 2, 2011

Jangan Bergerak..Kami Polis

Situasi :
Tengah tengok Tibi


Scene :
penjahat masuk rumah nak cari orang yang tipu dia..mak tengah berdoa lepas sembahyang. penjahat masuk lalu menekup mulut mak. Pisau dihunuskan ke leher. bahaya.

Dialog penjahat:
mana anak kau? cepat cakap..mana anak kauuuuuuuu??? cakaplah mana anak kau haaaaaa?? bagitau aku mana anak kauuu??

Dialog mak:
Hmppphh...hahu hak hauuuuu...hmpp hmpppp..hehas hehassssssss (buat2 faham sahajalah ye)


Perasaan aku :
kalau aku jadi mak, aku rela leher aku kena kelar sebab sedih dengan kebodohan penjahat tersebut. Kau dah tekup mulut aku mcm mana aku nak cakap. *pengsan*

ke pengarah yang bodoh?? Saya minta diri dulu..tumpang laluuuuuuuuuuu

Saturday, November 5, 2011

Kawan

Ada satu masa, collegue aku pernah suruh aku pergi ke satu tempat (dirahsiakan...haha) aku cakap pada dia tak boleh pergi sebab orang rumah aku bekerja pada hari tersebut. Jadi dia suruh aku bawa kawan sahaja. Kawan? Oh boleh, nanti aku kontak mana-mana kawan. Tapi bika cek balik, eh..nak ajak siapa?? Aku ramai kawan, tapi yang rapat tidak ramai. kawan yang benar-benar aku selalu hubungi cumalah 3 orang ini sahaja
Ana  – Dia kawan sembang Internet aku. Kami  kawan  dari tahun 2002. Kami pernah gaduh,  kemudian berbaik dan berkawan rapat. Kami pernah duduk serumah masa menyewa bujang dulu.  Dia kawan dan pendengar yang baik, aku boleh cerita apa sahaja dengan dia dan kami boleh cerita macam-macam. 

Net -  Dia kawan masa belajar, kami sangat rapat sampai pernah budak rumah sewa dulu cakap kami macam belangkas, macam lesbian pun ada..*muntah darah..saya lurus ok* . Aku pun boleh cerita apa sahaja dengan dia. Dia juga kawan shopping yang tegar.

Jira – Dia kawan shopping yang lebih tegar dari Net. Pun kawan dari zaman belajar. Dia suka bercerita dan aku suka dengar dia bercerita.

Aku rindu kawan-kawan lama. Nak tanya.. memang lepas kahwin, semua orang akan memutuskan hubungan dengan kawan-kawan ke? Sebab kebanyakan kawan-kawan aku begitu. kawan aku pernah komen ini dalam salah satu entry lama bila aku cerita tentang betapa aku rindukan kawan-kawan aku dan kenangan kami bersama, betapa aku selalu suka recycle cerita kami bersama....


“waaaahhhh. betul la kn. mmg akan recycle nyer. dan tetap rasa best gak. aku sgt sayu membaca entry ko ini. kawan selama2 nyer yer...”


Nampaknya selamanya untuk dia akan berakhir bila dia berkeluarga. Selepas itu aku adalah sejarah lama. mungkin kedudukan aku sudah jatuh ke tempat terbawah..mana tau.kan???
Aku suka berkawan, sebab bagi aku persahabatan adalah satu ikatan yang berpanjangan dan tidak bermusim. Bagi aku hubungan itu adalah untuk selamanya. Sama ada aku sudah berpasangan atau tidak, kawan ada satu tempat dalam hidup aku. Aku tak salahkan kamu, tapi sila jangan berjanji untuk berkawan selamanya dengan aku kalau kamu tidak pasti kerana aku akan menuntut.  Bukan aku meminta untuk dilayan sama seperti kita muda-muda dulu (nampak sangat sekarang dah tua..sob.sob..), tapi cukup sekadar membalas sms aku dengan berkata “aku sihat”,bila aku bertanya khabar bukannya dengan “jgn sms aku, nnt bini aku jeles, teruk nnt kalau dia marah”. Aku syukur sebab orang rumah aku sangat memahami hubungan aku dengan kawan-kawan aku. Terima kasih wahai orang rumah.  



**Bila sudah tua baru aku sedar, aku adalah seorang yang sombong rupanya, sebab tu tak ada kawan..hehe

Thursday, November 3, 2011

Batuk

Masuk hari ni dah 6 hari aku batuk teruk..memanjang..stress weh...dah pergi klinik, dapat ubat sebeban..macam-macam jenis kot sampai tak tahu apa guna. tiap-tiap malam tak boleh tidur sebab asyik lah batuk. Dekat botol ubat batuk tu ada tulis kemungkinan akan mengantuk kalau makan ubat tapi mata aku buntang je sampai pagi

aku tak suka makan ubat, selalu kalau aku sakit macam demam atau migrain, aku akan tidur sahaja. Selagi boleh aku tak akan makan ubat. Tapi batuk kali ni memang menangis nak hadap sebab asal gatal tekak je batuk tak boleh nak berhenti. dah la datang tiba-tiba. Ada masa kerja, aku call orang, boleh tiba-tiba gatal menyerang ..gatal tekak ye bukan gatal miang ittew..heheh..mula-mula boleh kawal lagi, tapi lepas tu dah macam makin kuat, dah rasa nak muntah-muntah. Aku cakap sorry puan terus letak. Dalam dua minit batuk tak berhenti sampai muntah siap keluar air mata..syahdu batuknya sampai sedih..hehe..aku dah malu nak call puan tu balik T_T

Suara pun dah makin seksi ni...time drive aku cuba-cuba sing along lagu bruno mars..husky wehhh..buleh buat album...wahahaha...jadi adik-adik, silalah jaga kesihatan

Wednesday, November 2, 2011

Romantik?

Soalan tadi sangat mengagumkan

"kamu tak pegi teman laki kamu tido ke?" romantik kan soalan tu...rasa nak bagi penampar..spoil mood gua lah lu..kenapa tak tanya, "kau tak pegi beromen dengan laki kau ke?" sila buat soalan langsung, jadi tak adalah aku rasa jengkel sangat

Sekiranya kau rasa tidak berapa rapat dengan seseorang, sila jangan bertanya soalan yang tidak sesuai dan tidak perlu

terima kasih

Bekas

"Ketika berusia tiga tahun, dia telah melihat sendiri ibunya, Raquel diacukan pistol di dahi oleh bekas bapa kandungnya"


Bapa kandung boleh jadi bekas ke eh??? lepas ni aku mahu berbapakan donald trump pula rasanya..he he he

Tuesday, November 1, 2011

Sila meyakinkan dengan lebih gigih...

kalau mau buat marketing silalah pastikan promoter anda menzahirkan produk anda..anda pikir orang mahu beli produk kecantikan anda kalau promoter muka bertempek jerawat besar ibu jari kaki seluruh muka?

kalau mau buat marketing silalah pastikan promoter anda menzahirkan produk anda..anda pikir orang akan beli krim penghapus selulit anda kalau promoter anda yang betisnya tak boleh dibeza dengan peha?

kalau mau buat marketing silalah pastikan promoter anda menzahirkan produk anda..anda pikir orang hendak beli ubat kesihatan anda kalau promoter anda mukanya macam orang sakit kena sembelit lapan hari?

bukan nak menghina, kami nak membeli biar puas hati...sehubungan dengan itu sila jadi lebih meyakinkan...duit kami si pembeli bukan dijatuhkan dari langit oleh ayah pin...

Monday, October 31, 2011

Sila Fahami

sekali kau tanya dia jawab sambil senyum
dua kali kau tanya dia  dia jawab tapi tak senyum
tiga kali kau tanya dia senyum aje
empat kali kau tanya dia diam tak ada bahasa lagi

ketahuilah...bila kau tanya benda yang sama berulang-ulang, orang akan rasa sakit hati..tak perlu nak mengambil berat sampai berlarutan. Tahu tak ada sesetengah orang tak suka bila ditanya benda yang sama berulang kali. Entah2 dia kecil hati. Sekali dua bertanya, kalau jawapannya sama..diam2 sudah..tak perlu tanya lagi..tahu?

Thursday, October 20, 2011

Kenapa Pukul Rata??

Kenapa manusia..sesetengah suka sangat pukul rata dalam semua hal? kenapa kalau mengalami kejadian menyakitkan hati dengan seorang, habis keturunan dia kau kata jahat..kenapa bila kau ada pengalaman pahit yang tak boleh dilupakan, habis semua yang berkaitan kau salahkan..gila ke apa kau ni?? ke dah terencat akal?

di bawah adalah ayat yang aku pernah dengar dan disuarakan di depan aku sendiri ..dan aku respond as if benda macam itu dituju kepada aku..huh, dah macam buat karangan pula ni

"alah..orang kelantan memang semua macam tu..suka berpuak-puak.."

Apa??  aku orang kelantan ok, aku ada je kawan dengan orang bukan kelantan..oh, aku ada beberapa kawan baik yang bukan rakyat kelantan..malah dekat sini aku kurang kawan kelantan..takde la pula aku berpuak2..ingat aku mafia ke apa?

"orang kelantan memang macam tu..kalau nak kahwin,  dengan kaum kerabat dia aje la"

Ramai je aku tengok orang kelantan kahwin dengan orang negeri lain..elok je bahagia beranak pinak...anak beranak aku belambak je kahwin dengan orang lain negeri..kahwin dengan kaum kerabat ke tu? oh, laki aku orang perak..celah mana pulak aku nak kahwin dengan suku kaum sendiri segala bagai?  celah kangkang kau?

"orang kelantan memang macam tu..kalau jumpa puak dia, sanggup tinggal kawan kat belakang macam orang bodoh"

Tak ada la pula aku rasa aku buat perangai bangang, time keluar dengan kawan lain, tiba2 terserempak dengan kawan senegeri, aku terus tinggalkan kawan aku tadi semata nak melepak dengan kawan kelantan itu..ingat aku tak beradab sangat ke sampai nak buat perangai lahanat macam tu ...kalau terjumpa pun, paling2 aku akan tegur dan borak sekejap ada la, bertanya kabar..like come on, takkan kau terserempak dengan kawan kau kau taknak tegur pula kan..jangan la cakap kau tak buat macam tu..menipu namanya..

"orang kelantan memang macam tu, dah jumpa gang mula la keluar bahasa jerman dia"

Dah namanya orang negeri kelantan, takkan nak cakap loghat negeri sembilan pulak..kau pakai otak la sikit, dah jumpa kawan senegeri yang memang kau paham loghatnya begitu, takkan kau nak cakap KL pulak..tebiat?? stylo habis kalau boleh cakap KL ye? kalau kau jumpa kawan kau reti pulak nak cakap kedah..nak cakap penang bagai (maaf orang kedah dan penang, contoh je..hehe)


kadang-kadang aku macam hairan juga orang macam ni..yang kau jumpa perangai macam tu seorang dua je..tapi habis satu negeri kau cop macam tu kan..bodoh..

selepas dah puas membuat spekulasi mereka akan bertanya, "awak orang mana" dan aku menjawab dengan lemah gemalai sambil tersenyum simpul, "saya la rakyat negeri yang suka berpuak2 tu". baru reti nak buat muka kerang..bodoh lagi sekali..

ini bukan saja tentang negeri, tapi tentang semua benda..contoh di bawah

"pekerja kerajaan memang semua lembab"
"perempuan memang  semua gila duit"
"lelaki memang semua buaya"
"janda memang semua gatal"
'melayu memang semua bodoh..pemalas pula tu"
etc etc...

ye lah..kau je la yang mulia..satu lagi..tak payah la nak mengutuk blog ni segala bagai...aku tak glemer pun..jangan la mengudiskan diri sendiri dengan membaca blog aku ni...dah blog aku suka hati aku nak tulis apa..kau glemer pegi main jauh2..

Wednesday, October 19, 2011

Saya Bosan...

tiada semangat untuk menulis..dah memang tak pandai kan
nak tulis pasal apa sangat pun..balik2 pasal kerja..duk rumah pun tengok tv je..keluar sekali sekala nak cerita pun muak sebab balik2 dengan orang sama...huh, baru tahu sebenarnya hidup aku sangat seperti melukut di tepi gantang..eh, sesuai ke kesimpulan bahasa tu? hahaha

minggu depan hari lahir yang ke 19.. eh, 29 *blush*
boleh sambut deepavali sekali ..wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...tapi kawan serumah kena kerja..memang melukut di tepi gantang

sekian

Sunday, October 2, 2011

Doakan kami..

Banyak sangat perkara tak diduga yang jadi kebelakangan ni..tak sangka2 benda boleh jadi. Kadang2 aku rasa macam drama spektra. eh, ada lagi ke rancangan tu? hahaha

seroiusly, memang macam drama..dan paling tak sangka boleh jadi pada keluarga sendiri. Selalu kalau dengar ustaz bagi ceramah, ustaz selalu kata, Allah tak akan menguuji hambanya dengan ujian yang tak dapat ditanggung oleh hambanya itu. Jadi aku percaya kami sekeluarga dapat mengharungi ujian ini.
Ya Allah, kau permudahkan urusan kami sekeluarga. Amin...

Tuesday, September 27, 2011

Banyak tapi tak tahu dan Singapura

Dah lama tah update blog ni..rasa malas tu semacam sebati dalam perut kan..he he
ada banyak benda yang nak cerita, tapi tak tahu macam mana nak cerita..mula dari hari raya sampai sekarang, satu apa pun payah nak cerita..dah tak pandai macam mana nak bercerita apa lagi nak mengarang..aku sangat membosankan kebelakangan ni..sangat mengasihani diri sendiri..sebab raya dah nak habis pun, cerita pasal raya terpaksa pass..lagipun tak banyak cerita, raya kali ini sangat mendukacitakan.. T___T

oh.. aku dah berjaya bercuti ke seberang laut dengan Jira pada cuti Hari Malaysia ..macam jauh kan, padahal Singapura aje pun..tapi oleh kerana aku ni tak pernah terlepas keluar dari Malaysia, jadi perasaan jakun tu agak melebihi paras bahaya..teruja dia semacam sikit...kalau kami tambah sikit jumlah hari cuti mungkin lebih teruja sebab tak banyak tempat yang dapat pergi. Kami cuma pergi 3 hari, literally 2 hari, hari pertama pun sampai di sana dah lambat, melilau mencari hotel yang jira tempah..nak bertanya malu sebab muka kau bukan macam pelancong pun kan..hahaha...lepas setengah jam baru jumpa, itu pun lepas gigih pergi tanya pakcik teksi..lepas chek in kami bantai tido..like seriosly?? tido pada hari percutian?? yes kami tido sebab penat sangat..

Dalam jam 4 ptg macam tu baru bangun, mandi2 semua n tggu solat asar baru nak jalan2...sepanjang di sana, kami adalah pengguna MRT yang setia, siap beli tourist pass. Harganya SD26 sahaja untuk unlimited usage bagi dua hari..sangat berbaloi memandangkan kebarangkalian kami sesat dan naik MRT berulang adalah sangat besar..pass tu kamu boleh pulangkan bila sudah tamat tempoh penggunaan dan dapat refund SD10, jadi harga penggunaan sebenar cuma SD16..berbaloi kan, dapat naik MRT sampai muntah gitu..kalau kau beli pass biasa, let see harganya SD1.90 dari little India ke Ferrer Park, kamu akan dapat refund SD1 bila pulangkan pass tu di mesin..secara tak langsung kamu takkan sepahkan pass MRT dan berdisiplin sebab kamu nak duit kamu balik kan..sangat bijak di situ..aku suka MRT sebab sangat tepat waktu, masa menunggu tak lama dan sistematik dan yang penting kau tak mampus tengah jalan..kalau Malaysia punya Komuter sama macam MRT, aku sanggup duduk Shah Alam dan kerja di Putrajaya tiap2 hari naik Komuter..aku serius..hu hu


Hari pertama kami cuma jalan2 di Orchard Road..singgah makan dulu sebab lapar sangat..sangat susah nak cari makanan halal di sekitar tu, sana sini ada aje daging vaviks..menangis perut masing2. Kami makan di food republik, makan nasi padang..sedap..mungkin sedap terlebih sebab dah lapar...lepas makan2 kami jalan2 di Orchard Road..tak beli apa2 sebab belum teruja..orang kata minyak wanginya murah, tapi aku rasa sama aje, lagi berbaloi beli kat Malaysia aje..so minyak wangi? pass...kami jalan kaki sampai ke stesen Dhoby Ghaut..sampai hotel terus kejung masing2..tiada hasil pancingan dibuat, dompet masih selamat..hu hu

jalan2 saja di orchard road..tiada motif tersembunyi

Hari kedua kami ke Universal Studio..ini tujuan utama kami nak pegi Singapura..USS sangat menyeronokkan, lagi seronok kalau dapat naik semua benda yang ada kat dalam tu. Sebab tahap keberanian aku paras hidung aje, jadi aku naik yang biasa2 aje..roller coaster semua tu aku skip, sorang pon tak berani. Alangkan naik roller coaster manja2 dalam padang shrek tu pon Jira dah buat pekikan cair telinga, inikan pulak roller coaster terbalik tu..aku ingat dah habis pusing pun still terpekik terlolong lagi. Aku ni suka bayangkan benda bukan2, jadi mmg aku takkan naik lah..sekian terima kasih..yang paling aku suka, tgk wayang 4D Sherk..sangat kelakar dan seronok..kalau nak cerita pasal USS, sangat panjang , so tempek pics saje


baru sampai..

tak dapat pi tengok merlion sejati..merlion versi ni pun jadi la kan..

firaun yang belakang aku tu suka tau buat gangguan seksual..
dia raba2 perut sasa dia depan aku..benci tauu..hahah

mampu ambil gambar aje..
nak masuk naik high speed roller coaster dia jiwa mak tak mampu

pengkeji..pengotor..
mesra aje kan aku ngan menda alah ni

manusia2 lain selain kami

ngeeeeeeeeeee

masuk sini seronok uolls


lagi tiada motif

sini pun mampu tengok aje..
takut berlaku gangguan jiwa


sempat menculik mereka sahaja..
yang lain2 kena beratur panjang..nyampah mak

terima kaseyy mengundi sayeeeee...


tiada caption untuk ini..

teman Jira beli tshirt sebelum balik

cukulet di sini adalah mahal..pergi langkawi sudehh

dah beli banyak barang..mari balik


Balik dari USS, singgah makan kat vivocity, nasi padang lagi..mau cakap indon lepas makan kan..lepas tu kami ronda mall tu kejap..aku dengan Jira berjaya menapau handbag Charles & Keith dua bijik seorang..murah kalau nak banding di Malaysia..dah brand sana kan. Kalau duit berlebih memang aku tapau lagi dua bijik. Tapi sebab sedar diri ini melukut di tepi gantang, cukup cukuplah melati, kau sedarlah di mana kedudukan kau..hahaha

Hari ketiga..dah nak balik..pagi sempat ke Mustafa..kedai ni macam Mydin, cuma kelas barangnya sikit tinggi..hahaha..macam2 ada..dia buka 24 jam jadi kalau kau nak soping sampai taknak tido, marilah ke Mustafa, soping sampai muntah pun boleh. Aku beli jam swatch, sari dan gunting rambut (tapi telah dirampas di lapangan terbang sebab salah masuk beg..sedeyy)..lepas tu kami balik dan chek out hotel..pulang pass MRT dan terus ke airport


balik duluuuuuuuuuu...

kalau ikut nak jalan merata lagi, tapi tak sempat..lain kali akan pergi lagi..InsyaAllah..

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya untuk diri sendiri, nak minta maaf pada diri sendiri..
aku nak minta maaf pada siapa pun kan, orang baca blog ni anna seorang sahaja..hu hu

Ramadhan tahun ni kami laki bini berjaya untuk tidak menjejak kaki ke pasar ramadhan..bangga..hins hins (kembang kempis lubang idung) tapi aku rindu gulai itik pasar ramadhan abang kelantan tuh, sedap...kalau dia sedikit kacak mungkin lebih sedap dan nikmat.

Ramadhan tahun ni, empat kali sahaja aku berbuka dengan laki..yang lain makan seorang2 sambil berlinangan air mata..sedehhh

Raya tahun ni tiada baju baru untuk si suami, ulang tayang baju kahwin sahaja, sedih pula rasa tapi dia tak kisah, apa aku nak kisahkan pula kan..

Raya tahun ni tiada baju kurung merelip..baju kurung biasa sahaja, yang boleh dipakai ke tempat kerja..pakai baju merelip kat tempat kerja nanti ada orang suwit2 susah..hahaha

Raya tahun ni giliran beraya di rumah Pak Akob dan Mok Lah..itu yang penting berbanding gulai itik dan baju merelip..muahahahha

Tuesday, August 23, 2011

TAK BISA MEMILIH

Percaya, apa yang berlaku semua sudah ditetapkan oleh pencipta? Aku percaya..kamu? Tetapi semua ketetapan itu boleh diubah mengikut kehendakNya, bila2 masa, di mana2...kita juga boleh ubah sekiranya kita berusaha. Doa sahaja tidak cukup, Dia tidak akan mengubah sekiranya kamu tidak berusaha untuk berubah dan berusaha. Jadi sila berusaha kalau kamu hendakkan duit, bukan dengan meminta2 pada yang ada. Tahu?
Tapi, aku tahu satu (mungkin banyak, tapi aku mahu cerita tentang yang satu ini sahaja) perkara yang tak boleh diubah dan kita tak boleh memilih. Kamu tidak boleh memilih siapa ibu bapa kamu, kamu tidak boleh memilih siapa adik-beradik kamu (eh..dah dua :p) buruk baik mereka kamu tak mungkin akan boleh memilih. Kalau boleh aku pun nk jadi anak Bill Gates..hu hu hu..
Terima kenyataan bahawa ibu bapa dan adik-beradik yang telah ditakdirkan untuk kamu. Baik buruk mereka adalah darah daging kamu.
Dan kepada kamu, yang mengata dan mengeji seluruh keluarga itu hanya kerana kesilapan yang seorang, kamu adalah lebih keji. Jangan dihina ibu bapa itu kerana kesilapan anak yang seorang. Jangan difitnah seluruh saudara sedarahnya  hanya kerana keburukan yang seorang.  Bukan salah mereka . Mereka tidak meminta ada pertalian dengan yang seorang itu kerana mereka tidak bisa memilih.

Monday, August 22, 2011

SAYANG ITU SUBJEKTIF

Aku orang yang tak pandai macam mana nak luahkan kasih sayang. Dengan semua orang aku memang macam tu, tak kiralah kawan, adik-beradik malah dengan umi dan abah pun aku macam tu. Kadang-kadang ada yang panggil aku hati kering. Bayangkan bila tempoh hari masa abah buat parang, tangan abah luka, bukan sikit lukanya, putus juga urat jari, sampai sekarang masih sengal2 jari yang luka kata abah. Kejadian tu tak ada seorang pun yang maklumkan pada aku, sebab tahu bila khabarkan pun reaksi aku akan..ye keeeee??...jadi mereka anggap aku tak ambil berat dan tak ada perasaan kasih sayang. Barangkali. Padahal hati aku yang runsing tak ada siapa yang tahu. Ye lah, takkan aku nak terjerit terlolong kan. Janggal wei. Dari zaman kanak2 perangai aku memang macam tu. Aku tak pandai. Mungkin cara aku menyayangi tak sama macam mana kamu semua menyayangi.  Pada aku cukup setakat kalau aku tahu aku sayang. Jadi mulai hari ini mungkin aku akan kena ubah perangai. Yang sukar diketahui dapat diubah atau tidak. Harap-harap boleh. Berusaha!!!

Wednesday, June 29, 2011

Haaa???

"apehal ni"
"kunci opes ilang"
"tau letak mana?"
"kalau tau letak mana..bukan ilang namanya"
"hehehe...dah cari ke?"
"nampak mcm aku tgh makan nasik ke? tgh cari la ni"
"dah try misscall?"
"haa??"
"da try misscall?? kot tau mana kunci"
"erkkkk...takpelah...."

obses sungguh dengan handphone kau yeee..hahaha

Friday, June 24, 2011

Biarlah....

Sabtu ni mahu keluar berjimba dengan Jira..mahu release tension..biarlah apa yang jadi tu jadi..just go with the flow yaaaa...

saya hanya perlukan perkara-perkara yang menggembirakan untuk lupakan apa yang melukakan...saya hanya perlukan senyuman untuk tinggalkan apa yang memuramkan..i will survive yaaaa..hehehe

**macaroonsssssss...bak lapan ploh bijik...pueh ati**

Thursday, June 16, 2011

Harapnya Begitu

hati saya tak senang..kadang2 saya sedih...kadang2 saya marah..tapi kebanyakannya saya sedih..sebab kalau saya marah, dua minit saje...lepas tu saya dah tak tau nak buat apa, bila saya fikir, hati saya jadi sangat sedih..saya cuba fikir yang positif2 sahaja..mungkin tak ada apa yang berlaku....

tapi saya sangat sedih..saya harap kisahnya bukan seperti yang saya bayangkan
tapi saya sangat sedih..saya harap dia bukan seperti yang saya sangkakan
tapi saya sangat sedih..saya harap sudahnya bukan seperti yang saya takutkan
tapi saya sangat sedih..saya harap dia dia kekal seperti yang sebelumya

harapnya begitu..kerana bila saya terguris, saya tak tahu bila akan baik lukanya.....

Monday, June 6, 2011

Tak Tau Nak Kata Apa Dah La...

Hujung minggu hari tu, aku keluar dengan Amer, nak nengok X-Men First Class...memang first class cerita tu..gi la tengok kalau ada masa..hu hu..sebelum masuk wayang, kitorang macam biasa spend masa kat carrefour beli barang dapo..maklum la, orang suka masak kannnnnnn..duk kalut senarai tak bawak, jadi ingat2 lupa je nak beli apa kan..banyak ke tidak ni, kang nak kena pakai troli pulak bagai..so Amer gi ambik troli aku tunggu kat entrance sambil belek2 iklan promosi..

masa tu tiba2 ada budak kecik..dalam lima tahun kot umur dia..nangis2 sambil jerit "bapakkkkkkkk!!!!! bapakkkkkkk" (dia jerit abah sebenarnya,,saje nak nampak dramatik..haha)..mula2 aku buat tak tau jek la sebab depan budak tu ada sorang pakcik, so aku anggap tu anak dia la..lepas tu pakcik tu macam menonong jek jalan dan biarkan budak tu meraung2 kat situ..bukan anak dia rupanya...lepas tu yang lalu lalang pun macam buat tak tahu je kat budak tu..adeh..macam mana ni..nak biar lama2 macam kesian pulak budak tu kan..lepas tu aku pegi tegur budak tu, tanya dia, adik ni kenapa? sambil pegang bahu dia..dia jawab, abah..sepatah je..dah sah la budak ni kehilangan bapak ayamnye..time tu laki aku lak dah sampai situ, so suruh dia tunggu jap, nak bawak budak ni ke kaunter pengumuman...sbb aku pun nak cepat, aku dukung jek budak tu, jalan laju2 macam perempuan indon kena kejar imigresen...dekat nak sampai depan kaunter tu ada satu abang tnjuk2 kat aku..anak abang ke?? aku jerit..tapi dia tak jawab, still tunjuk2 je..bongok, main2 plak...so aku terus ke nonong jalan gi kaunter..lepas tu aku macam perasan abang tadi ada kat belakang aku...

anak saya tu...dengan penuh kontrol macho abang tu cakap..anak abang ke? saya dah nak buat pengumuman dah ni ha..apesal biar macam tu..ececeh...mengambil berat lak aku kan...tapi abang tu tak jawab. elok jek aku turunkan anak dia dari dukung, dia terus sambar tangan budak tu..elok2 budak tu da tak nangis dalam dukungan aku (sangat selesa kot..sbb lemak badan melindungi dia..haha) terus budak tu melalak balik...dia macam nak lempang2 budak tu je gayanya...lepas dia dapat anak dia..dengan takde terima kasih sepatah haram, tapi siap pandang macam aku culik anak dia, terus jek blah..kat kfc katanya..macam budak tu tau je kfc tu kat mana kan..budus...hebat kau bang..dah la aku tolong kau, kau buat muka tapak kaki ngn aku kan, macam la aku nak culik anak kau..kira bagus la aku yang ambik anak kau, kalau kena culik tak kau putih mata...buat anak pandai tapi jaga anak tak pandai..makan KFC pandai pulak kau..bebulu je aku nengok..

sampai depan entrance, laki aku tanya..macam mana?
dah bagi bapak dia
bapak dia cakap terima kasih tak?
haram
bio le..orang bebal memang gitu

dan kami terus membeli belah

Thursday, June 2, 2011

hehe...


Hari ni saya nak cerita pasal bapak saya..saya panggil bapak saya abah..hari minggu lepas abah saya dah datang ke putrajaya untuk menyertai hari belia malaysia..himpunan sejuta belia..hahahha..abah aku tu dah tak belia oke..macam mana buleh terjebak pon tak tau la..

Pak Akob hadir ke hari belia untuk mengiringi peserta pengakap kelantan..abah aku ni sangat kuat berpengakap, boleh kata ahli pengakap seumur hidup gitu la kira tegar tahap tak boleh patah balik dah ni..siap dah terbitkan buku pasal kawad dan istiadat..terharu plak rasa sbb abah ku ni gigih jek kalau buat apa2 je benda yang dia suka..anak dia?? harooooooommmm

banyak orang cakap abah aku ni garang, sebab misai dia berpintal2 macam A. Galak..kau kenal A.Galak? hahahaha......nak2 kalau time dia tengah jadi juri pertandingan kawad ke apa2 yang berkaitan pengakap la..time dia minta budak2 ni buat satu rutin kawad, dia akan pintal2 misai dia melenting ke atas sambil bagi arahan..suara dia boleh tahan la, agak2 kau lemah semangat memang terkucil kat situ jugak aku rasa..drama jek lebih tu ....tapi dia nampak garang time tu je, sebab lepas tu dia akan jadi sangat friendly macam aznil hj. nawawi, kadang2 aku cakap kat dia "abah ..tak payah la tegur2 orang tu, tak yah mesra2 sangat, orang tu tak mesra pun" ...serius..dalam banyak2 instructor pengakap, abah aku paling ramai anak angkat, semua negeri kat malaysia ni ada je anak angkat dia sebab budak2 tu suka dengan dia..aku tak pastu adakah abah aku ni benar2 mesra atau dia pakai ilmu penunduk tanpa pengetahuan kami anak beranak (hoh..durhaka)..sampai kadang2 dia lagi lebihkan anak angkat dia berbanding kami anak kandungnye sendiri...siapa yang anak angkat sebenarnya ni..huh...

aku tak pasti apa motip aku tulis pasal abah aku...huh..biarlah


abah dengan adik aku yang sengal..

kau nampak misai dia?? haa..tu la dia kembar A. Galak

Tuesday, May 31, 2011

Intervention Club...

Aku ada menonton How I Met Your Mother...sangat suka walaupun agak lucah2 dan barney sangat sengal..sebab aku suka macam mana mereka ni build persahabatan walaupun sangat suka kenakan kawan masing2..yang paling aku suka bila diorang ada tubuhkan macam intervention club..club tak club la...tapi ada masanya diorang akan buat sesi intervention..macam gambar kat bawah ni..selalunya diorang akan buat intervention bila ada benda yang tak puas hati..atau nak menegur perangai atau apa2 aje la yang perlu..macam contoh kau suka sangat dengan something, tapi kawan kau rasa benda tu akan buat ko bermasalah..jadi kawan2 yang lain akan tegur..berterus terang la kiranya kan..bagus untuk kesihatan mental ni..hahaha


ini contoh berterus terang...samada ko dapat tahan atau tak je la...tapi selalu orang melayu ni, ada segelintir memang tak buleh ditegur..mau tak becakap lapan tahun...hu hu..eh, tak semua oke..biasa la, kadang2 kalau kawan2 tegur emosi telebih kan..kan

mahu terima atau tidak terpulang pada diri masing...tapi kinda cool la kan kalau ada kawan2 macam ni..hehehe..ini baru kawan sejati :">

Friday, May 27, 2011

Tak Paham

Aku tak faham dengan sesetengah orang...sesetengah ye, kalau nak terasa silakan...
ada makhluk, suka cakap dia punya hal, dia punya pasal..suka hati dia la, orang lain jangan nak komplen dan takda hak nak komplen...baiklaaaaaaaaaaahhhhhhhh
tapi bila time orang lain, mak aiii, sibuk la dia dulu angkat tangan nak komplen kan..macam2 hal..dia kutuk orang takpa, orang kutuk dia tak bleh plak..tak aci tauuuuuuu

aku selalu dengar ayat "ini blog aku, sukati aku la nak tulis apa pun, korang peduli apa"  tapi dalam blog dia tulis "aku menyampah baca blog **&%$**..semua benda pun nak cerita, buat ayat pun macam ape je..bodoh punya blog" ...laaa pulak.. kalau kamu nak ngutuk pun, kamu kutuk diam2 sudah la, tak payah nak komplen dalam blog kamu sampai semua satu dunia boleh baca, siap tulis nama kawan tu lagi...dah blog dia, sukati dia la nak tulis apa, kamu jugak yang cakap tadi kan..kalo menyampah jangan dibaca...kamu kutuk dia takpe, tapi bila dia kutuk kamu, panas bontot plak ye..aku tak ada masalah pon dengan orang yang suka nak kutuk2 ke nak marah2 orang ni..suka hati kamu lah..tapi bila kamu dah suka2 kutuk orang, jadi jangan la marah bila orang kutuk kamu balik..hehe

tapi aku pun suka je komplen, sapa tak suka komplen dia tipuuuuuuuuu...hahaha..

** aku tak minat kumpulan hujan, orang cakap aku tak cool...sedih aku..sob sob

Thursday, May 26, 2011

Aku Tau..

Aku tau aku tak macam kau...sikit pun tak sama macam kau, banyak lagilah tak...walaupun aku tak sama macam kau, jangan panggil aku cacat sebab aku belum beranak
sekurangnya suami aku tak pernah pandang perempuan lain walaupun aku belum beranak
yang penting suami aku tak kawin dua walaupun aku belum beranak..aku menang kat situ ok..kita tak rapat pun, tak payah kesiankan aku..aku tak perlukan..

Thursday, April 28, 2011

Tidaaakkkkkkkk!!!!

Mereka masih memanggil2...tapi aku malas, buat tak tahu je. Sekejap2 panggil lagi..menyampah tau. Dah kering tekak diorang diam. lepas dua minit diorang panggil2 lagi. Aku selak kain langsir, tengok diorang bertiga bergayut gayut kat pagar rumah. Malas, biarkan je.

tak lama lepas tu diorang memanggil sahut menyahut macam nyanyi lagu awas daripada KRU. benci. tapi lama kelamaan suara diorang macam merayu-rayu. aishhhh...akhirnya aku mengalah jugak. aku bukak pintu rumah dan tanya dengan muka masam2.
"apehal"
"nak ambik bola..tuuuu". aku tau, dari tadi aku nampak bola yang diorang main tu melantun masuk dalam pagar rumah aku. tapi saje je buat-buat tanya lagi. malas nak tunggu lama, aku ambil bola dan baling pada diorang.
"nah, lain kali hati2 sikit"
diorang  berlalu dengan kegembiraan sebab dah dapat balik bola selepas setengah jam terpekik2. Baru dua langkah, diorang paling.
"terima kasih..makcik" kata diorang. aku terus nak pengsan dekat situ jugak..
Sebab tu aku malas nak keluar tadi, sebab diorang jerit
"makcik makcik, bola kitorang makcik..makcik bola kitorang masuk rumah makcik". aku bukan makcik, aku muda lagi tauuuuuuuuuuuu...hahahahaha....

Friday, April 22, 2011

Bagaimana Menjadi Miskin Dalam satu Hari....

Hari ni mari kita belajar bagaimana menjadi miskin dalam sekelip mata selepas mendapat gaji.
tempat aku kerja ni gajinya memang masuk suka2 hati akauntan tu..orang masuk 25hb dia 22 dah masuk..kadang2 20hb dah ada duit..magik..okey..aku suka sebenarnya.
hari ni aku nak bayar insurans nyawa..nyawa okey..hahaha..aku tak tahu apa nama insurans tu rasanya tapi aku tetap beli..sengal
pagi2 buta dah buka M2u dengan harapan bayar awal agar duit tidak mengalir ke tangan tauke kedai baju atau kasut..selalu aku sangat berhati2, tiap kali nak tekan confirm aku akan daouble triple check..tapi hari ni dengan ketentuan Allah (ingat, qada' dan qadar kita kena pasrah..ayat penyedap, pendinding sakit hati..hu hu) aku dengan bangga telah menekan confirm tanpa mengecheck..sepatutnya RM115.47 telah menjadi RM1145.45..lepas tu aku senyum je..ya, aku sangat kaya

Insurans ko berapa juta sampai kau bayar banyak tu sebulan? bulan ni kau nak makan apa? Bodohhhhh....

Monday, April 4, 2011

Haishhh!!!!

Takde mukaddimah ni...

Aku ni bukanlah orang yang sangat bersopan santun...tapi dalam apa2 hal, aku adalah seorang yang sangat ringan mulut nak mengucapkan TERIMA KASIH kepada sesiapa sahaja yang menolong...tak kira la kecik ke besar ke pertolongan tu...hari2 makcik cleaner datang ambil sampah dalam bakul sampah, walaupun takde sampah sebenarnya, aku tetap akan cakap TERIMA KASIH pada makcik tu...sebab aku rasa tak luak pun kalau sekadar kau bukak mulut dan ucap terima kasih..dua saat jek..
aku jugak bukan orang yang suka campur masalah peribadi dengan kerja kat pejabat..kerja tu kerja..peribadi tu peribadi..kalau aku moody dan sangat marah hari tu pasal hal peribadi, aku takkan libatkan orang lain...sebagai contoh, aku ada masalah kat rumah dan mood aku sangat tidak baik hari tu, sampai di pejabat masih lagi dengan mood angin taufan..kalau ada panggilan telefon, aku tetap akan angkat dan boleh jawab telefon dengan senyuman (berlakon apa salahnya) macam tak ada apa yang berlaku..sebab aku taknak kurang ajar dengan orang yang tak ada kena mengena dengan masalah aku..paling2 kalau aku tak dapat kontrol pun, aku akan diam dan mengelak daripada bercakap..buat aje kerja sendiri..atau aku akan cerita pada kawan rapat, lepas cerita lega lah sikit. senang kan..jangan tiba2 jadi puting beliung sampai orang tak tahu apa2 pon kena tempias..itu bangang namanya...

Mak bapak aku memang tak selalu ajar aku macam mana nak berbahasa dengan orang...mak bapak aku orang kampung, diorang tak tau macam mana nak mendidik anak2 secara formal..diorang kerja siang malam, mana ada masa nak mengadap anak2 untuk beritahu macam mana cara nak beradab...lagipun orang kampung, pendekatan mereka pada anak2 tak sama, pada mereka anak2 dah pergi sekolah, maka di sekolah benda2 tu semua siap sedia diajar...tapi tak semua budak2 yang pegi sekolah, balik rumah boleh jadi manusia....silapnya di situ lah...tapi, mak bapak aku adalah dua orang manusia yang sangat baik bahasanya bila bercakap dengan orang..kalau sakit hati sangat pun, diorang akan jawab dengan lembut tapi ayat tersirat menikam kalbu sekali (mak dah pernah kena uolls) melalui perbuatan dan pertuturan mereka dua orang tu la aku belajar macam mana nak hormat orang lain dan macam mana nak berbahasa dengan orang. See, bila mak bapak tau berbahasa, secara automatik anak akan ikut...tak perlu belajar di sekolah pun, gurunya ada depan mata...tak perlu duduk bersila depan anak2 dan cakap "kakak, kalau kita depan orang tua, kena bersopan santun" bagai. Perangai mak bapak la mulanya nak membentuk perangai anak2..bila anak2 tengok cara mak bapak diorang bercakap, maka anak2 akan ikut..bila baik tutur mak bapak, maka tutur anak2 pun ikut baik dan sebaliknya lah...Macam tu juga lah dengan perangai, kalau perangai mak bapak elok, anak2 ikut elok lah..kalau perangai mak bapak tu tak semengah, kau faham2 lah macam mana perangai anaknya kan..(tapi kalau anak2 tu memang dah perangai syaiton, mak bapak alim pun tetap la anak tu berperangai syaiton takleh nak ubah)...ini pendapat peribadi aku lah, so orang lain tak payah nak sangkal2..masing2 ada pendapat sendiri..

Wednesday, March 30, 2011

Saya Dah Balik

waaaaaaaaaaa..da lamanya tak masuk sini..tapi kalau masuk pun macam tulis cerita panjang2 kan :p
dua minggu lepas aku dah menghadirkan diri ke kursus..mula2 rasa berdarah hati jugak la nak pergi kan..gila..11 hari lama tuuuu..mana nk tinggalkan laki lagi kan, lama pulak tu...dan2 pikir pasal laki..sebelum ni keluar shopping dengan net boleh jek tinggal kan..hehehe..
aku kursus kat perak..mula2 sampai rasa nak nangis...dah la kawasan tu kedai pun takde...kalau nk pergi kedai kena naik kereta dalam 20 minit gitu..gila...tapi bukan boleh keluar pun...kena kuarantin 11 hari..bayang la, balik2 rumah jakun jek dapat tengok tv..hahaha
sampai2 jek kena daftar..dapat road tax sebesar alam kena gantung kat leher..cayalahh..lepas tu beratur ambik kunci bilik, pillow case dengan blanket..syahduuuuuuuuuu...mcm asrama kan..masuk bilik kena mop ngn sapu2 lagi..dan2 tu rasa nak balik rumah :((
Paling kelakar si Mas la..asal sampai malam jek dia bilang berapa hari lagi tinggal nak balik rumah..hahaha..rindu laki..
tapiiiiiiiiiiii...bila dah masuk hari ke 5 ke 6 tu kauuuuuuuuuuuu...tiba2 semua jadi tak sedar diri...macam seronok pulak kan (kecuali bahagian attend kelas..tu tak seronok..haha)
petang2 ada riadah..yang tak pernah bersukan pun tiba jadi macam pandai sangat bersukan..semua dah jadi rapat sangat dan saling menyokong...cewah ayat tak ingat...betul, ini kot first time aku gi mana2 kursus, walaupun kau buat benda memalukan, atau kau tak dapat buat something tu, kau tak diketawakan dengan penuh kemaluan (aiyark..memalukan maksudnya)  diorang tetap akan cakap takpe, boleh cuba lagi..you can do it...or someting yg boleh buat ko macam dihargai gitu (nak muntah pulak rasa)
dan selepas 11 hari..kami pulang dengan berat hati..sob sob..tiba2 macam tak best..apesal cerita aku macam tiba2 je habis..lantak...hahahaha

huk huk..sangat rindukan mereka semua... :'(

Friday, March 4, 2011

takde motif...

dah lama sangat dah kot tak menulis sini..mak bizi macam perdana menteri noks, haruslah jeling2 manja je kat blog ni, tak lalu nk melayan :p ...hahaha..lagipun takde benda nk tulis, takkan hari2 masuk sini nk cerita pasal aku takde benda nk tulis..bodoh pulak rasanya..mau rasa nk sepak diri sendiri aje kan...sekarang dah reda sikit sbb satu kerja dah siap..akan kembali lagi pada bulan lima kerja tersebut...aishhhh...

ni pun saje2 update sebab bonet dengki kan dengan entry sebelum ni..org nk shopping online pon nk kecoh2..benci tau..pegi la shopping sana, jangan ganggu saya...hahaha

minggu lagi satu adalah akan ke induksi selama 11 hari..bernanah la kau kat sana, pegi kursus 3 hari pun dah rasa macam mati laki, ni pulak 11 hari..pengsan..sebab aku orang yang sangat rimas dengan protokol2 n benda2 nk formal sepanjang masa ni..merasa la kan pakai kasut tutup dan pakai baju kurung sampai ke malam :D

sekian...esok mau jumpa fieza di subang parade..ehehehe

Tuesday, February 15, 2011

Ketagihan!!

Dia dah datang balik dah..dah gigil2 dah ni..choooiiiiii!!!
memang tak tahan..

owh, sebenarnya aku ketagihan shopping secara online..come on, sekarang ni siapa yang tak suka kan :p (nk sedapkan hati sendiri je ni)...aku start online shopping tahun lepas kot..eh, 2009..mmg ketagih gila lah time tu..beg la, aksesori la...demam tau..tahun lepas dia dah cool down..tapi dia datang balik dahhhhhhhhhhhhh..serammmm..macam mana nk bagi stop nih

:">

Sunday, January 23, 2011

Sama saje...

Hallo...lama dah tak menulis..hilang sudah deria rasa nak menulis. Sangat bizi kebelakangan ni..maklum la, awal2 tahun kan, banyak benda nk kena buat, so nafsu menulis tu merundum banyak..jadi azam nk menulis sampai 100 posts tahun ni nampaknye awal2 lagi dah terkubur..ye la, kalau sekali sebulan je menulis..setahun 12 kali je...guane gamok nk cecah 100 boh..hahaha..lagipun kebelakangan ni sangat sibuk..tekankan bahagian sangat itu sebab kawan aku puan ana menjadi kesunyian sebab ketiadaan aku berbual dengannya..sampai dia kata aku macam taknak kawan dengan dia lagi...drama je la kau mak buyung...hahaha..maafkan saya sebab tidak mendapat kehidupan kebelakangan ini..sebab 2011 tidak bermula dengan kegembiraaan..hu hu