Friday, March 30, 2012

Kadang-kadang

Pernah tak kadang-kadang rasa macam mahu putuskan hubungan dengan keadaan diri sekarang. Macam mana nak explain ni, susah pulak rasanya. Aku pernah, sekarang pun sedang melalaui perasaan tu. Sekarang aku rasa macam nak beli tiket sehala untuk ke mana-mana. Duduk je situ berapa lama yang aku suka sekadar untuk menikmati masa terluang sambil memerhati.

Kamu..bila berpeluang, lakukan apa yang kamu suka untuk kepuasan diri  sendiri. Bila sudah terikat dengan komitmen, peluang kamu akan hanya tinggal seketul sahaja, itu pun hampir-hampir hilang. Nikmati hidup selagi kamu mampu..

Heh...

*dah dua kali aku mimpi khairul fahmi..masuk tiga kali nanti memang aku gi pinang budak tuh..cilake*

Monday, March 19, 2012

Temuduga Lagi

Tahun ni agaknya senarai tugas aku hanya mencari pekerja baru je
asyik nak resign je budak2 ni..hahaha

tak ada apa yang nak cakap
aku cuma gelihati dengan emel adik2 yang nak minta kerja ni

paling comel adalah emel add ini

nenasvesusnanas

mesti nanas itu ada sentimental value pada dia
syabasss

Monday, March 12, 2012

Minggu Masalah

Aku selalu alami hari serba tak kena, macam acara bulanan pulak rasanya sebab dalam bulan tu mesti dalam dua atau tiga hari mesti mengalami hari serba tak kena. Aku taktau la aku seorang aje atau ada orang lain pun ada hari serba tak kena dia sendiri..hu hu..aku anggap hari tu hari serba tak kena sebab pada hari tu akan ada je benda tak kena. Start dari bangun tido sampai lah nak tido balik asyik la ada benda tak kena.


*uh..tadi aku tulis hari serba tak kena tu sebagai hari malang...tapi sebab nnt ada je cakap aku syirik ke khurafat ke jadi aku isytihar hari itu sebagai hari serba tak kena ... T_T