Selamat Hari Raya untuk diri sendiri, nak minta maaf pada diri sendiri..
aku nak minta maaf pada siapa pun kan, orang baca blog ni anna seorang sahaja..hu hu
Ramadhan tahun ni kami laki bini berjaya untuk tidak menjejak kaki ke pasar ramadhan..bangga..hins hins (kembang kempis lubang idung) tapi aku rindu gulai itik pasar ramadhan abang kelantan tuh, sedap...kalau dia sedikit kacak mungkin lebih sedap dan nikmat.
Ramadhan tahun ni, empat kali sahaja aku berbuka dengan laki..yang lain makan seorang2 sambil berlinangan air mata..sedehhh
Raya tahun ni tiada baju baru untuk si suami, ulang tayang baju kahwin sahaja, sedih pula rasa tapi dia tak kisah, apa aku nak kisahkan pula kan..
Raya tahun ni tiada baju kurung merelip..baju kurung biasa sahaja, yang boleh dipakai ke tempat kerja..pakai baju merelip kat tempat kerja nanti ada orang suwit2 susah..hahaha
Raya tahun ni giliran beraya di rumah Pak Akob dan Mok Lah..itu yang penting berbanding gulai itik dan baju merelip..muahahahha
No comments:
Post a Comment