ada banyak benda yang nak cerita, tapi tak tahu macam mana nak cerita..mula dari hari raya sampai sekarang, satu apa pun payah nak cerita..dah tak pandai macam mana nak bercerita apa lagi nak mengarang..aku sangat membosankan kebelakangan ni..sangat mengasihani diri sendiri..sebab raya dah nak habis pun, cerita pasal raya terpaksa pass..lagipun tak banyak cerita, raya kali ini sangat mendukacitakan.. T___T
oh.. aku dah berjaya bercuti ke seberang laut dengan Jira pada cuti Hari Malaysia ..macam jauh kan, padahal Singapura aje pun..tapi oleh kerana aku ni tak pernah terlepas keluar dari Malaysia, jadi perasaan jakun tu agak melebihi paras bahaya..teruja dia semacam sikit...kalau kami tambah sikit jumlah hari cuti mungkin lebih teruja sebab tak banyak tempat yang dapat pergi. Kami cuma pergi 3 hari, literally 2 hari, hari pertama pun sampai di sana dah lambat, melilau mencari hotel yang jira tempah..nak bertanya malu sebab muka kau bukan macam pelancong pun kan..hahaha...lepas setengah jam baru jumpa, itu pun lepas gigih pergi tanya pakcik teksi..lepas chek in kami bantai tido..like seriosly?? tido pada hari percutian?? yes kami tido sebab penat sangat..
Dalam jam 4 ptg macam tu baru bangun, mandi2 semua n tggu solat asar baru nak jalan2...sepanjang di sana, kami adalah pengguna MRT yang setia, siap beli tourist pass. Harganya SD26 sahaja untuk unlimited usage bagi dua hari..sangat berbaloi memandangkan kebarangkalian kami sesat dan naik MRT berulang adalah sangat besar..pass tu kamu boleh pulangkan bila sudah tamat tempoh penggunaan dan dapat refund SD10, jadi harga penggunaan sebenar cuma SD16..berbaloi kan, dapat naik MRT sampai muntah gitu..kalau kau beli pass biasa, let see harganya SD1.90 dari little India ke Ferrer Park, kamu akan dapat refund SD1 bila pulangkan pass tu di mesin..secara tak langsung kamu takkan sepahkan pass MRT dan berdisiplin sebab kamu nak duit kamu balik kan..sangat bijak di situ..aku suka MRT sebab sangat tepat waktu, masa menunggu tak lama dan sistematik dan yang penting kau tak mampus tengah jalan..kalau Malaysia punya Komuter sama macam MRT, aku sanggup duduk Shah Alam dan kerja di Putrajaya tiap2 hari naik Komuter..aku serius..hu hu
Hari pertama kami cuma jalan2 di Orchard Road..singgah makan dulu sebab lapar sangat..sangat susah nak cari makanan halal di sekitar tu, sana sini ada aje daging vaviks..menangis perut masing2. Kami makan di food republik, makan nasi padang..sedap..mungkin sedap terlebih sebab dah lapar...lepas makan2 kami jalan2 di Orchard Road..tak beli apa2 sebab belum teruja..orang kata minyak wanginya murah, tapi aku rasa sama aje, lagi berbaloi beli kat Malaysia aje..so minyak wangi? pass...kami jalan kaki sampai ke stesen Dhoby Ghaut..sampai hotel terus kejung masing2..tiada hasil pancingan dibuat, dompet masih selamat..hu hu
jalan2 saja di orchard road..tiada motif tersembunyi
Hari kedua kami ke Universal Studio..ini tujuan utama kami nak pegi Singapura..USS sangat menyeronokkan, lagi seronok kalau dapat naik semua benda yang ada kat dalam tu. Sebab tahap keberanian aku paras hidung aje, jadi aku naik yang biasa2 aje..roller coaster semua tu aku skip, sorang pon tak berani. Alangkan naik roller coaster manja2 dalam padang shrek tu pon Jira dah buat pekikan cair telinga, inikan pulak roller coaster terbalik tu..aku ingat dah habis pusing pun still terpekik terlolong lagi. Aku ni suka bayangkan benda bukan2, jadi mmg aku takkan naik lah..sekian terima kasih..yang paling aku suka, tgk wayang 4D Sherk..sangat kelakar dan seronok..kalau nak cerita pasal USS, sangat panjang , so tempek pics saje
baru sampai..
tak dapat pi tengok merlion sejati..merlion versi ni pun jadi la kan..
firaun yang belakang aku tu suka tau buat gangguan seksual..
dia raba2 perut sasa dia depan aku..benci tauu..hahah
mampu ambil gambar aje..
nak masuk naik high speed roller coaster dia jiwa mak tak mampu
pengkeji..pengotor..
mesra aje kan aku ngan menda alah ni
manusia2 lain selain kami
ngeeeeeeeeeee
masuk sini seronok uolls
lagi tiada motif
sini pun mampu tengok aje..
takut berlaku gangguan jiwa
sempat menculik mereka sahaja..
yang lain2 kena beratur panjang..nyampah mak
terima kaseyy mengundi sayeeeee...
tiada caption untuk ini..
teman Jira beli tshirt sebelum balik
cukulet di sini adalah mahal..pergi langkawi sudehh
dah beli banyak barang..mari balik
Balik dari USS, singgah makan kat vivocity, nasi padang lagi..mau cakap indon lepas makan kan..lepas tu kami ronda mall tu kejap..aku dengan Jira berjaya menapau handbag Charles & Keith dua bijik seorang..murah kalau nak banding di Malaysia..dah brand sana kan. Kalau duit berlebih memang aku tapau lagi dua bijik. Tapi sebab sedar diri ini melukut di tepi gantang, cukup cukuplah melati, kau sedarlah di mana kedudukan kau..hahaha
Hari ketiga..dah nak balik..pagi sempat ke Mustafa..kedai ni macam Mydin, cuma kelas barangnya sikit tinggi..hahaha..macam2 ada..dia buka 24 jam jadi kalau kau nak soping sampai taknak tido, marilah ke Mustafa, soping sampai muntah pun boleh. Aku beli jam swatch, sari dan gunting rambut (tapi telah dirampas di lapangan terbang sebab salah masuk beg..sedeyy)..lepas tu kami balik dan chek out hotel..pulang pass MRT dan terus ke airport
balik duluuuuuuuuuu...
kalau ikut nak jalan merata lagi, tapi tak sempat..lain kali akan pergi lagi..InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment