Percaya, apa yang berlaku semua sudah ditetapkan oleh pencipta? Aku percaya..kamu? Tetapi semua ketetapan itu boleh diubah mengikut kehendakNya, bila2 masa, di mana2...kita juga boleh ubah sekiranya kita berusaha. Doa sahaja tidak cukup, Dia tidak akan mengubah sekiranya kamu tidak berusaha untuk berubah dan berusaha. Jadi sila berusaha kalau kamu hendakkan duit, bukan dengan meminta2 pada yang ada. Tahu?
Tapi, aku tahu satu (mungkin banyak, tapi aku mahu cerita tentang yang satu ini sahaja) perkara yang tak boleh diubah dan kita tak boleh memilih. Kamu tidak boleh memilih siapa ibu bapa kamu, kamu tidak boleh memilih siapa adik-beradik kamu (eh..dah dua :p) buruk baik mereka kamu tak mungkin akan boleh memilih. Kalau boleh aku pun nk jadi anak Bill Gates..hu hu hu..
Terima kenyataan bahawa ibu bapa dan adik-beradik yang telah ditakdirkan untuk kamu. Baik buruk mereka adalah darah daging kamu.
Dan kepada kamu, yang mengata dan mengeji seluruh keluarga itu hanya kerana kesilapan yang seorang, kamu adalah lebih keji. Jangan dihina ibu bapa itu kerana kesilapan anak yang seorang. Jangan difitnah seluruh saudara sedarahnya hanya kerana keburukan yang seorang. Bukan salah mereka . Mereka tidak meminta ada pertalian dengan yang seorang itu kerana mereka tidak bisa memilih.
No comments:
Post a Comment