Monday, July 15, 2013

Mari Pilih Mari Pilih

Dulu aku selalu berangan, bila dah besar, dah jadi orang dewasa, dah kerja, ada duit sendiri..nak belanja tak perlu minta kebenaran mak ayah dulu sebelum beli barang atau nak belanja untuk apa saja...seronok sebab boleh ikut selera anak tekak sendiri. Boleh tentukan hala hidup sendiri...Tak sabar nak jadi dewasa rasanya

Tapi bila dah dewasa, dah kerja, ada duit sendiri, boleh belanja ikut selera anak tekak sendiri tanpa perlu tanya dan minta kebenaran.....dah boleh tentukan hala hidup sendiri...Tapi, hidup masih sama sebab hidup tetap terikat dengan apa yang kau ada waktu tu. Betul, manusia boleh memilih, tapi setakat mana kau boleh memilih dalam hidup kau, semua bergantung dengan apa yang ada di sekeliling dan bergantung pada apa yang dah masuk dalam hidup kau....

Aku?? tak banyak pilihan......

No comments: