Sunday, June 3, 2012

Cuba

Nk testing jeee..huhu

Wednesday, April 4, 2012

Nak Isi Tembolok Sendiri Pun Malas

Aku tak faham dengan orang yang tidak mahu "berusaha sedikit untuk diri sendiri" . Aku tak kata suruh berusaha membanting tulang empat kerat di tengah-tengah panas terik, maksud aku berusaha untuk diri sendiri bila kau perlukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. contohnya bila kau nak datang interview (tah abis-abis interview..hahaha) mesti la kau korek kaw-kaw apa sahaja info selagi terdaya untuk buat tukang interview tu kagum dengan kau kan. tapi sedihnya bila kau jawab "sorry, saya tak tahu pula pasal kampeni ni. tak sempat nak tengok" yet hujung2 sesi kau buat ayat "saya yakin saya akan dapat memberi penuh komitmen dan dapat memberi sumbangan kepada kampeni tuan". komitmen lutut kau lah. Kalau kau tak beri sepenuh komitmen untuk pelajari sebaik mungkin tentang kampeni tu dan juga skop kerja yang dah dia beri dalam iklan tu, kau ingat tukang interview tu nak percaya ke kau boleh bagi komitmen penuh masa kerja nanti? silalah teruskan menganggur. ok, aku suka membebel..tapi bila benda logik akal macam kat atas tu pun kau tak dapat nak hadam, agak sakit jiwa jugalah  nak berdepan kan.


Aku boleh menjadi mengkarung di depan pelanggan...ikut situasi..aku pun ada angin weh. Tapi aku takkan sekali-kali tinggi suara atau kerek2 dengan pelanggan tak kira la siapa pelanggan tu. Menjaga nama baik kampeni dan air muka boss itu penting walaupun boss kau tu adik beradik dengan mak dara dalam kassim selamat. Macam tu lah juga kemengakrungan (ada ke?) aku waktu menjawab telefon sebab itu perlu untuk menjaga hati pemanggil (walaupun jiwa dah bengkak) tapi kalau soalannya agak sikit lagi nak letak kau sama level dengan budak baru nak masuk sekolah, memang la mengkarung aku ni pun boleh jadi celaru. Jadi silalah cerdik sikit..selari dengan kebanggaan kau "Saya ada ijazah, boleh dapat jawatan yang lebih tinggi lagi patutnya" sebab bila kau tanya "kerja yang kampeni awak tawarkan ni kerja apa ye? saya tak sempat la nak klik n baca iklan tu". Nilai la sendiri ijazah tu tahap mana....bangga tak menahan.....tak larat dah


p/s : Maki la kata aku kerek pun aku tak kisah.. *catwalk*

pp/s : Satu lagi, jangan harapkan sangat kabel kau yang besar batang balak itu.

Friday, March 30, 2012

Kadang-kadang

Pernah tak kadang-kadang rasa macam mahu putuskan hubungan dengan keadaan diri sekarang. Macam mana nak explain ni, susah pulak rasanya. Aku pernah, sekarang pun sedang melalaui perasaan tu. Sekarang aku rasa macam nak beli tiket sehala untuk ke mana-mana. Duduk je situ berapa lama yang aku suka sekadar untuk menikmati masa terluang sambil memerhati.

Kamu..bila berpeluang, lakukan apa yang kamu suka untuk kepuasan diri  sendiri. Bila sudah terikat dengan komitmen, peluang kamu akan hanya tinggal seketul sahaja, itu pun hampir-hampir hilang. Nikmati hidup selagi kamu mampu..

Heh...

*dah dua kali aku mimpi khairul fahmi..masuk tiga kali nanti memang aku gi pinang budak tuh..cilake*

Monday, March 19, 2012

Temuduga Lagi

Tahun ni agaknya senarai tugas aku hanya mencari pekerja baru je
asyik nak resign je budak2 ni..hahaha

tak ada apa yang nak cakap
aku cuma gelihati dengan emel adik2 yang nak minta kerja ni

paling comel adalah emel add ini

nenasvesusnanas

mesti nanas itu ada sentimental value pada dia
syabasss

Monday, March 12, 2012

Minggu Masalah

Aku selalu alami hari serba tak kena, macam acara bulanan pulak rasanya sebab dalam bulan tu mesti dalam dua atau tiga hari mesti mengalami hari serba tak kena. Aku taktau la aku seorang aje atau ada orang lain pun ada hari serba tak kena dia sendiri..hu hu..aku anggap hari tu hari serba tak kena sebab pada hari tu akan ada je benda tak kena. Start dari bangun tido sampai lah nak tido balik asyik la ada benda tak kena.


*uh..tadi aku tulis hari serba tak kena tu sebagai hari malang...tapi sebab nnt ada je cakap aku syirik ke khurafat ke jadi aku isytihar hari itu sebagai hari serba tak kena ... T_T