Monday, December 31, 2012
Toleransi
aku boleh tolerate dengan manusia tak berapa cerdik tetapi masih nak belajar..tapi kalau dah tak berapa cerdik tapi malas tambah sombong lagi pulak, memang saja la kan..keluar habis kuasa action kamen...LU LOSER BRO...
Thursday, December 20, 2012
anak itu pembawa rezeki...
Tengahari ni pergi pusing pasar bawah ofis...ada budak lelaki tolong mak meniaga kerepek..berpeluh-peluh dia panggil pelanggan cuba kerepek..bila ada yang kata tak nak dia terus tunduk sedih..cuba sahaja pun tak apa katanya...gua emosi tengok budak tu sedih..terus pusing balik dan cuba kerepek...beli sebekas...tgk dia suka bukan main...terbang rm10 tp berbaloi tgk dia senyum gembira tunjuk duit pada emak dia...cisss nasib baik bukan semua budak bantu mak jual kerepek masa cuti sekolah....huk huk
Published with Blogger-droid v2.0.4
Wednesday, October 17, 2012
Sikit Je Cukup Lah
sekali dua bengap ada lagi orang nak tolong ajarkan
tapi kalau hari-hari sengaja buat bengap susah juga...orang pun ada kerja lain jugak
aishhh....

Monday, August 6, 2012
Bila hati dah tak gembira...
hati tak gembira tapi sebelah kaki terikat kejap...hanya mampu terima dengan sabar dan berdoa semoga semua ni cepat berakhir
tuhan sayang aku lebih ni..pasal tu kena uji...tak besar mana tapi cukup nk buat sakit jantung...huhu

Monday, July 9, 2012
loophole
Bila ada loophole dlm jiwa...apa nk buat pun tak menjadi. Rasa kosong tapi tak tahu nk diisi dengan apa sbb sendiri pun tak tahu sebabnya...rasanya perlukan masa utk cari ketenangan...seorang
Published with Blogger-droid v2.0.4
Thursday, June 7, 2012
Takde Tajuk
Bila kamu dah berusaha dengan gigih..sampai keluarga pun kamu lupa..tapi hujung-hujung usaha kamu kena pijak. Rasanya itu waktu untuk kamu ambil cuti panjang...
hurmmm
(^_^)
hurmmm
(^_^)
Tuesday, June 5, 2012
Mana Nak Cari?
Kadang-kadang bila hati tak tenang, berbual dengan kawan-kawan mengenai apa saja boleh lapangkan dada. Aku suka berbual dengan kawan bila aku sedih, marah , sakit hati atau gembira. Bila ada tempat untuk berkongsi, perasaan tu lain sikit kan.
Sunday, June 3, 2012
Wednesday, April 4, 2012
Nak Isi Tembolok Sendiri Pun Malas
Aku tak faham dengan orang yang tidak mahu "berusaha sedikit untuk diri sendiri" . Aku tak kata suruh berusaha membanting tulang empat kerat di tengah-tengah panas terik, maksud aku berusaha untuk diri sendiri bila kau perlukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. contohnya bila kau nak datang interview (tah abis-abis interview..hahaha) mesti la kau korek kaw-kaw apa sahaja info selagi terdaya untuk buat tukang interview tu kagum dengan kau kan. tapi sedihnya bila kau jawab "sorry, saya tak tahu pula pasal kampeni ni. tak sempat nak tengok" yet hujung2 sesi kau buat ayat "saya yakin saya akan dapat memberi penuh komitmen dan dapat memberi sumbangan kepada kampeni tuan". komitmen lutut kau lah. Kalau kau tak beri sepenuh komitmen untuk pelajari sebaik mungkin tentang kampeni tu dan juga skop kerja yang dah dia beri dalam iklan tu, kau ingat tukang interview tu nak percaya ke kau boleh bagi komitmen penuh masa kerja nanti? silalah teruskan menganggur. ok, aku suka membebel..tapi bila benda logik akal macam kat atas tu pun kau tak dapat nak hadam, agak sakit jiwa jugalah nak berdepan kan.
Aku boleh menjadi mengkarung di depan pelanggan...ikut situasi..aku pun ada angin weh. Tapi aku takkan sekali-kali tinggi suara atau kerek2 dengan pelanggan tak kira la siapa pelanggan tu. Menjaga nama baik kampeni dan air muka boss itu penting walaupun boss kau tu adik beradik dengan mak dara dalam kassim selamat. Macam tu lah juga kemengakrungan (ada ke?) aku waktu menjawab telefon sebab itu perlu untuk menjaga hati pemanggil (walaupun jiwa dah bengkak) tapi kalau soalannya agak sikit lagi nak letak kau sama level dengan budak baru nak masuk sekolah, memang la mengkarung aku ni pun boleh jadi celaru. Jadi silalah cerdik sikit..selari dengan kebanggaan kau "Saya ada ijazah, boleh dapat jawatan yang lebih tinggi lagi patutnya" sebab bila kau tanya "kerja yang kampeni awak tawarkan ni kerja apa ye? saya tak sempat la nak klik n baca iklan tu". Nilai la sendiri ijazah tu tahap mana....bangga tak menahan.....tak larat dah
p/s : Maki la kata aku kerek pun aku tak kisah.. *catwalk*
pp/s : Satu lagi, jangan harapkan sangat kabel kau yang besar batang balak itu.

Friday, March 30, 2012
Kadang-kadang
Pernah tak kadang-kadang rasa macam mahu putuskan hubungan dengan keadaan diri sekarang. Macam mana nak explain ni, susah pulak rasanya. Aku pernah, sekarang pun sedang melalaui perasaan tu. Sekarang aku rasa macam nak beli tiket sehala untuk ke mana-mana. Duduk je situ berapa lama yang aku suka sekadar untuk menikmati masa terluang sambil memerhati.
Kamu..bila berpeluang, lakukan apa yang kamu suka untuk kepuasan diri sendiri. Bila sudah terikat dengan komitmen, peluang kamu akan hanya tinggal seketul sahaja, itu pun hampir-hampir hilang. Nikmati hidup selagi kamu mampu..
Heh...
*dah dua kali aku mimpi khairul fahmi..masuk tiga kali nanti memang aku gi pinang budak tuh..cilake*

Monday, March 19, 2012
Temuduga Lagi
Tahun ni agaknya senarai tugas aku hanya mencari pekerja baru je
asyik nak resign je budak2 ni..hahaha
tak ada apa yang nak cakap
aku cuma gelihati dengan emel adik2 yang nak minta kerja ni
paling comel adalah emel add ini
nenasvesusnanas
mesti nanas itu ada sentimental value pada dia
syabasss

Monday, March 12, 2012
Minggu Masalah
Aku selalu alami hari serba tak kena, macam acara bulanan pulak rasanya sebab dalam bulan tu mesti dalam dua atau tiga hari mesti mengalami hari serba tak kena. Aku taktau la aku seorang aje atau ada orang lain pun ada hari serba tak kena dia sendiri..hu hu..aku anggap hari tu hari serba tak kena sebab pada hari tu akan ada je benda tak kena. Start dari bangun tido sampai lah nak tido balik asyik la ada benda tak kena.
*uh..tadi aku tulis hari serba tak kena tu sebagai hari malang...tapi sebab nnt ada je cakap aku syirik ke khurafat ke jadi aku isytihar hari itu sebagai hari serba tak kena ... T_T

Friday, February 10, 2012
Sedehhhhh...
Orang rumah kerja,
duk sorang2 kat rumah sangat lemau dan bosan
tadi baru buat dialog untuk semut kat dinding
bosan itu menyedihkan
*_*

Thursday, February 2, 2012
Thursday, January 19, 2012
Kelas Vokal
Aku ingat nanti aku nak daftar diri dalam kelas vokal lah.
sebab ada orang cakap aku garang, suara macam nak marah-marah aje.
apa boleh buat, keturunan suara nyaring buluh pecah.
Masa baru kawin, orang rumah selalu ingat aku marah dia sebab suara aku SEDAP sangat bila bercakap, ton pun macam cikgu mengajar matematik..tapi bila angkat telefon pandai pula berlakon lemah lembut...ciss...hahah
jadi aku perlu belajar kawalan pernafasan agar vokal lebih merdu dan lemah lembut
yeeeyyy \ (^_^) /

Friday, January 13, 2012
Temuduga Tak Terbuka...
Minggu depan ofis aku akan jalankan temuduga, nak ambil pekerja baru sebab yang lama dah berhenti, dapat better offer. Good for her. Berbalik kepada temuduga. Macam biasa, sebagai pekerja pentadbiran cabuk, aku kenalah buat proses pengambilan, mula dengan buat iklan sampailah ke pelantikan. Kami cuma perlukan seorang pekerja saja untuk satu post. Ada 3 post semuanya. Sebab malas nak tunggu lama, jadi kami bukak iklan tu dalam 2 minggu saja. Tapi yang hantar resume dekat 400. Pitam nak buat tapisan *tiba-tiba rasa syukur sebab dah ada pekerjaan bila tengok semua resume tu. yeeeeeeee lah, sebelum ni kau memang tak tahu nak bersyukur kan?? puiii....*
Eh, temuduga tu bukan topik utamanya, tetapi calon2 temuduga tu yang buat aku rasa macam nak gantung diri kat kipas. Ofis tak ada kipas, terjun tingkat sepuluh pun boleh. Aku tak tahu apa masalah budak-budak sekarang ni (baca : sesetengah sahaja) sudah lembik macam bubur nasi, mengada-ngada dan macam2 lagi perangai yang kalau nak hadap memang boleh buat menangis tak keluar air mata. Ada eh?? hu hu... Kepada adik2, silalah serius ok. Walaupun aku tak ada pengalaman sanat, tapi aku tetap perasan bagus nak bagi nasihak juga.
Adikku sekalian, Kalau adik nak memohon jawatan silalah...
1. Hantar resume dengan menempek gambar passport ye, jangan gambar posing2.
2. Jangan letak kawan baik adik sebagai rujukan dik, kami bukan nak adakan sesi mari berkenalan
3. Kalau adik ada pertanyaan, jangan suruh mak atau abah adik yang telefon. Kami bukan nak ambik mak abah adik bekerja.
4. Masa nak memohon, sila lah baca syarat pada iklan dengan jelas dik. Jangan telefon marah2 orang tak panggil adik temuduga sebab kami iklan jawatan sosial, tapi adik bakal abang engineer..tak masuk line ok.
5. Sekali lagi, sila sila sila baca dan faham iklan dengan sejelasnya dik. Bila sudah ditulis dengan HURUF BESAR dan di BOLD sebagai JAWATAN KONTRAK. Maka jawatan tu takkan menjadi tetap secara magis halus dik..tak akan dik. tolonglah fahami. Kesian tukang taip iklan. Jangan persoalkan kenapa jawatan tu kontrak. Kalau degil juga nak tahu, sila telefon ketua pengarahnya terus. Kami kuli sahaja dik, kami tak tahuuuuu.
6. Kalau adik hari2 boleh mengadap komputer, apa salahnya create satu emel rasmi untuk kerjaya adik. Janganlah letak emel untuk geli2 dik. Menangis bahagian tapisan bila adik buat ayat " untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya di talian 013***** atau emel saya di rizal_cutebabyboyzzz90@yahoo.com". Mimpi ngeri budak2 bahagian tapisan tu dik.
7. Last sekali, bila orang panggil temuduga, silalah datang dik ye.

Wednesday, January 4, 2012
Orang Kaya..Orang Tak Kaya
Aku masih tak boleh nak hadam kenapa sesetengah orang kaya lagi kedekut berbanding orang yang tak berapa nak kaya..kenapa sesetengah orang kaya lagi kebulur duit berbanding orang yang tak berapa nak kaya.
Tak dapat cerna lah hoihh..hu hu
Tak dapat cerna lah hoihh..hu hu
Selamat Tahun Baru ke Baharu?
Assalamualaikum..
Dah tahun baru pun..sekejap saja dah setahun
aku tak ada azam. asal hidup gembira dah puas hati kot...hehehe
semoga tahun baru ni lebih murah rezeki, dirahmati, dilindungi, dan diberkati oleh Allah..Amiiinnnnn
Selamat Tahun Baru 2012

Subscribe to:
Posts (Atom)