Minggu depan ofis aku akan jalankan temuduga, nak ambil pekerja baru sebab yang lama dah berhenti, dapat better offer. Good for her. Berbalik kepada temuduga. Macam biasa, sebagai pekerja pentadbiran cabuk, aku kenalah buat proses pengambilan, mula dengan buat iklan sampailah ke pelantikan. Kami cuma perlukan seorang pekerja saja untuk satu post. Ada 3 post semuanya. Sebab malas nak tunggu lama, jadi kami bukak iklan tu dalam 2 minggu saja. Tapi yang hantar resume dekat 400. Pitam nak buat tapisan *tiba-tiba rasa syukur sebab dah ada pekerjaan bila tengok semua resume tu. yeeeeeeee lah, sebelum ni kau memang tak tahu nak bersyukur kan?? puiii....*
Eh, temuduga tu bukan topik utamanya, tetapi calon2 temuduga tu yang buat aku rasa macam nak gantung diri kat kipas. Ofis tak ada kipas, terjun tingkat sepuluh pun boleh. Aku tak tahu apa masalah budak-budak sekarang ni (baca : sesetengah sahaja) sudah lembik macam bubur nasi, mengada-ngada dan macam2 lagi perangai yang kalau nak hadap memang boleh buat menangis tak keluar air mata. Ada eh?? hu hu... Kepada adik2, silalah serius ok. Walaupun aku tak ada pengalaman sanat, tapi aku tetap perasan bagus nak bagi nasihak juga.
Adikku sekalian, Kalau adik nak memohon jawatan silalah...
1. Hantar resume dengan menempek gambar passport ye, jangan gambar posing2.
2. Jangan letak kawan baik adik sebagai rujukan dik, kami bukan nak adakan sesi mari berkenalan
3. Kalau adik ada pertanyaan, jangan suruh mak atau abah adik yang telefon. Kami bukan nak ambik mak abah adik bekerja.
4. Masa nak memohon, sila lah baca syarat pada iklan dengan jelas dik. Jangan telefon marah2 orang tak panggil adik temuduga sebab kami iklan jawatan sosial, tapi adik bakal abang engineer..tak masuk line ok.
5. Sekali lagi, sila sila sila baca dan faham iklan dengan sejelasnya dik. Bila sudah ditulis dengan HURUF BESAR dan di BOLD sebagai JAWATAN KONTRAK. Maka jawatan tu takkan menjadi tetap secara magis halus dik..tak akan dik. tolonglah fahami. Kesian tukang taip iklan. Jangan persoalkan kenapa jawatan tu kontrak. Kalau degil juga nak tahu, sila telefon ketua pengarahnya terus. Kami kuli sahaja dik, kami tak tahuuuuu.
6. Kalau adik hari2 boleh mengadap komputer, apa salahnya create satu emel rasmi untuk kerjaya adik. Janganlah letak emel untuk geli2 dik. Menangis bahagian tapisan bila adik buat ayat " untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya di talian 013***** atau emel saya di rizal_cutebabyboyzzz90@yahoo.com". Mimpi ngeri budak2 bahagian tapisan tu dik.
7. Last sekali, bila orang panggil temuduga, silalah datang dik ye.
No comments:
Post a Comment