Kenapa manusia..sesetengah suka sangat pukul rata dalam semua hal? kenapa kalau mengalami kejadian menyakitkan hati dengan seorang, habis keturunan dia kau kata jahat..kenapa bila kau ada pengalaman pahit yang tak boleh dilupakan, habis semua yang berkaitan kau salahkan..gila ke apa kau ni?? ke dah terencat akal?
di bawah adalah ayat yang aku pernah dengar dan disuarakan di depan aku sendiri ..dan aku respond as if benda macam itu dituju kepada aku..huh, dah macam buat karangan pula ni
"alah..orang kelantan memang semua macam tu..suka berpuak-puak.."
Apa?? aku orang kelantan ok, aku ada je kawan dengan orang bukan kelantan..oh, aku ada beberapa kawan baik yang bukan rakyat kelantan..malah dekat sini aku kurang kawan kelantan..takde la pula aku berpuak2..ingat aku mafia ke apa?
"orang kelantan memang macam tu..kalau nak kahwin, dengan kaum kerabat dia aje la"
Ramai je aku tengok orang kelantan kahwin dengan orang negeri lain..elok je bahagia beranak pinak...anak beranak aku belambak je kahwin dengan orang lain negeri..kahwin dengan kaum kerabat ke tu? oh, laki aku orang perak..celah mana pulak aku nak kahwin dengan suku kaum sendiri segala bagai? celah kangkang kau?
"orang kelantan memang macam tu..kalau jumpa puak dia, sanggup tinggal kawan kat belakang macam orang bodoh"
Tak ada la pula aku rasa aku buat perangai bangang, time keluar dengan kawan lain, tiba2 terserempak dengan kawan senegeri, aku terus tinggalkan kawan aku tadi semata nak melepak dengan kawan kelantan itu..ingat aku tak beradab sangat ke sampai nak buat perangai lahanat macam tu ...kalau terjumpa pun, paling2 aku akan tegur dan borak sekejap ada la, bertanya kabar..like come on, takkan kau terserempak dengan kawan kau kau taknak tegur pula kan..jangan la cakap kau tak buat macam tu..menipu namanya..
"orang kelantan memang macam tu, dah jumpa gang mula la keluar bahasa jerman dia"
Dah namanya orang negeri kelantan, takkan nak cakap loghat negeri sembilan pulak..kau pakai otak la sikit, dah jumpa kawan senegeri yang memang kau paham loghatnya begitu, takkan kau nak cakap KL pulak..tebiat?? stylo habis kalau boleh cakap KL ye? kalau kau jumpa kawan kau reti pulak nak cakap kedah..nak cakap penang bagai (maaf orang kedah dan penang, contoh je..hehe)
kadang-kadang aku macam hairan juga orang macam ni..yang kau jumpa perangai macam tu seorang dua je..tapi habis satu negeri kau cop macam tu kan..bodoh..
selepas dah puas membuat spekulasi mereka akan bertanya, "awak orang mana" dan aku menjawab dengan lemah gemalai sambil tersenyum simpul, "saya la rakyat negeri yang suka berpuak2 tu". baru reti nak buat muka kerang..bodoh lagi sekali..
ini bukan saja tentang negeri, tapi tentang semua benda..contoh di bawah
"pekerja kerajaan memang semua lembab"
"perempuan memang semua gila duit"
"lelaki memang semua buaya"
"janda memang semua gatal"
'melayu memang semua bodoh..pemalas pula tu"
etc etc...
ye lah..kau je la yang mulia..satu lagi..tak payah la nak mengutuk blog ni segala bagai...aku tak glemer pun..jangan la mengudiskan diri sendiri dengan membaca blog aku ni...dah blog aku suka hati aku nak tulis apa..kau glemer pegi main jauh2..
No comments:
Post a Comment