Aku dah lama tak update..dah nak masuk setahun dah agaknya sampai password pun dah lupa. Kalau cakap pasal kerja, siapa yang tak banyak kerja kalau dah namanya makan gaji..ye dokk???
2016 pun masih sama..selagi yang itu tak bertukar makanya takde perubahan. Cuma yang berubahnya lepas raya ni aku ngn laki aku akan jadi mak dan bapak budak...selepas 8 tahun..yeeee selepas 8 tahun T_T
Doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Aku kira rezeki ni muncul selepas banyak dugaan yang kami lalui terutama tahun 2015...hati luka siapa tahu..ecewaaahhh
ok Byeee
Tuesday, May 24, 2016
Monday, June 15, 2015
BILA....
Bila kau letak kerja di depan dan org sekeliling di belakang terutama yang paling penting maka kau kena tadah saja apa akibatnya...
Kau bernasib baik kalau keadaan dapat dibetulkan...kalau tak dapat?? Kau la yang mendapat
Tuesday, March 4, 2014
Ada Pun Pemalas Juga
Dulu kata sbb susah nak update sebab malas nk buka pc..sekarang blh update waima dalam jamban pun tak update juga
kalau malas tu memang pemalas lah..huhu
Friday, July 19, 2013
Ke situ pulak peginya
"huh...td dekat pump station banyak moto besoooo"
"dahtu..jeles la tu"
"jeles la jugak..tp muka tak hensem semua..kot2 ada la hensem sorang dua...macam tu dia tu"
"sapa??"
"alaaa...menteri belia sukan tu..KHALID JAMLUS"
ke khalid jamlus pulak peginya T___T
Monday, July 15, 2013
Mari Pilih Mari Pilih
Dulu aku selalu berangan, bila dah besar, dah jadi orang dewasa, dah kerja, ada duit sendiri..nak belanja tak perlu minta kebenaran mak ayah dulu sebelum beli barang atau nak belanja untuk apa saja...seronok sebab boleh ikut selera anak tekak sendiri. Boleh tentukan hala hidup sendiri...Tak sabar nak jadi dewasa rasanya
Tapi bila dah dewasa, dah kerja, ada duit sendiri, boleh belanja ikut selera anak tekak sendiri tanpa perlu tanya dan minta kebenaran.....dah boleh tentukan hala hidup sendiri...Tapi, hidup masih sama sebab hidup tetap terikat dengan apa yang kau ada waktu tu. Betul, manusia boleh memilih, tapi setakat mana kau boleh memilih dalam hidup kau, semua bergantung dengan apa yang ada di sekeliling dan bergantung pada apa yang dah masuk dalam hidup kau....
Aku?? tak banyak pilihan......

Subscribe to:
Posts (Atom)